Monday, November 10, 2014

KEBAIKAN ESP SHAKLEE

ESP SHAKLEE...

Berkenalan dgn SHAKLEE kerana produk ini 2 tahun lepas...sewaktu berpantang ammar zafri.. kenapa tiba2 tertarik dgn ESP???
Sbb bila baca kebaikan sgt2 lah best bg wanita..top to toe dia punye khasiat...


KHASIAT ESP SHAKLEE...
★★Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
★★Baik untuk hormon - kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, yang berfungsi seperti hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan risiko sakit jantung
★★Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat
★★Kulit remaja - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
★★Pembekal Tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatka sistem imun, maka ia baik untuk mengekalkan tenaga dengan lebih lama, mencegah migrain, insomnia dan tekana
★★Membaiki pigmentasi - membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan garis-garis halus di kuli
★★Membaiki memori 


Berminat dgn ESP SHAKLEE???
HUBUNGI
FB | SUE AZIZ
WHATSAPP | 0134600507


PROMOSI NOV 2014...OMEGA GUARD

Best best best... promosi nov 2014...

OMEGA GUARD SHAKLEE...minyak ikan terbaik di dunia...

Double promotion.. buy 6 free 1...atau buy twin pack less 5%...

Jimat sgt...


Apa Kebaikan Omega Guard?

  • Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
  • Menstabilkan tekanan normal darah
  • Melicin dan melembabkan kulit
  • Menghalang salur darah dari tersumbat
  • Mengurangkan ketegangan urat leher
  • Meredakan sakit kepala
  • Mencegah berlakunya strok
  • Mencegah pembekuan salur darah dalam badan
  • Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
  • Mencegah risiko penyakit jantung
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin (untuk ibu hamil)
  • Membakar lemak-lemak degil dan ia sesuai untuk orang yang nak turunkan berat badan
  • Meningkatkan perkembangan DHA dan memori kanak-kanak
  • Meningkatkan sistem imun kanak-kanak dan juga warga emas
  • Menyihatkan paru-paru
  • Mencegah kanser payu dara, paru-paru, kanser prostat dan kanser kolon
  • Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan baik
  • Mencegah penyakit ghout
  • Memelihara fungsi sendi
  • Meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • Membantu mengurangkan batuk dan lelah di kalangan dewasa dan kanak- kanak
  • Menguatkan otot dubur bagi pengidap buasir ataupun sembelit
  • Mengurangkan rasa sakit dada bagi perokok

Berminat dgn promosi bulan ini????


Hubungi

Fb | sue aziz
Whatsapp | 0134600507

ALFALFA SHAKLEE


Alfalfa mempunyai 1001 khasiat...vitamin pertama yg sue sendiri cuba...mmg best sbb dia mcm energy booster...dari pagi buat kerja sampai ke petang still fresh...



����kebaikan ALFAFA COMPLEX ����~Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak kerana ia merangsang penghasilan susu ibu (MILKBOOSTER)
~Melegakan sakit sendi dan belakang.
~Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
~Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
~Merawat arthitis
~Bagus untuk alergi dan ekzema
~Merawat athma
~Mencuci usus bagi membuang toksik
~Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
~Meneutralkan asid dalam badan
~Merawat masalah keputihan pada wanita (untuk wanita).
~Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita).
~Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri (untuk wanita).
Y~Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita).
~Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~Meningkatkan stamina seorang suami
~Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!)
~Membuang angin dalam badan

Wednesday, November 5, 2014

Penyusuan susu ibu ( surah Al Baqarah ayat 233 )

Entry berkenaan penyusuaan susu ibu...bukan sengaja dia ada2 kan...tapi ia terdapat di dalam Al Quran...

Surah Al Baqarah ayat 233 
Yg bermaksud

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu: dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

Tuesday, November 4, 2014

Kenali Najis Bayi Anda

Assalammualaikum..

Entry kali ini sue sharing pasal najis bayi,kerana drpd najis bayi kita ibu bapa dapat mengesan masalah kesihatan bayi kita...bayi tidak boleh bercakap,jd kita sebagai ibu bapa perlu prihatin terhadap sebarang perubahan bayi kita...jom kita belajar serba sedikit tentang najis bayi..

Peringatan: Gambar mungkin agak meloyakan bagi sesetegah anda

najis bayi Meconium

1. Najis bayi baru lahir (meconium)

Biasanya berwarna hitam kehijauan dan sangat melekit. Meconium ini terdiri daripada air ketuban, sel kulit, mucus dan bahan-bahan lain yang ditelan oleh bayi ketika di dalam perut. Ia tidak berbau jadi anda mungkin tidak perasan untuk menukar lampin bayi.
Apabila bayi berusia 2-4 hari, warna najisnya akan semakin cerah, kurang melekit dan lebih kuning kehijauan. Ini petanda bayi sudah mula mencerna susu badan/susu formula dan menunjukkan sistem pencernaannya berfungsi dengan baik.

najis bayi susu ibu2. Najis bayi yang menyusu badan

Jika bayi anda menyusu badan secara eksklusif, najisnya berwarna kuning atau kuning kehijauan dan teksturnya agak creamy/lembik. Malah anda mungkin sangka bayi anda cirit-birit. Najisnya juga akan ada bintil-bintil halus dan baunya sedikit masam tapi tidak busuk.
Warna najis akan berubah-ubah sedikit bergantung kepada pemakanan anda. Tapi selagi bayi tidak menunjukkan masalah lain, anda tidak perlu risau.
Tapi jika najis bayi berwarna kehijauan dan kelihatan berbuih, itu bermakna bayi anda hanya menerima ‘foremilk’ (susu awal yang rendah kalori) dan kurang mendapat ‘hindmilk’ (susu yang keluar kemudiannya yang kaya dengan lemak dan nutrisi yang diperlukan oleh bayi). Ini menunjukkan bayi anda menerima susu ibu yang kurang nutrisi.

Najis bayi susu formula3. Najis bayi yang menyusu formula

Najis bayi yang diberi susu formula biasanya akan kelihatan seperti mentega kacang dan warnanya lebih ke arah keperangan: tan-brown, perang kekuningan atau perang kehijauan. Baunya agak kuat dari najis bayi yang diberi susu ibu tetapi tidak sekuat bayi yang sudah makan solid food.


Najis baby kaya iron4. Najis yang megandungi zat besi

Jika bayi anda diberi ubat/supplement zat besi tambahan atas arahan doktor, najisnya akan menjadi hijau gelap atau hampir kehitaman. Tapi jika najis bayi anda hitam walaupun tidak diberi supplement zat besi tambahan, cepat hubungi doktor kerana bayi anda mungkin ada masalah darah tercerna.


Najis bayi makan solid food5. Najis bayi yang diberi solid food

Najis bayi lebih pekat dan warnanya lebih ke arah perang atau perang yang pekat. Baunya juga lebih kuat.


6. Najis yang mengandungi makanan separa cerna

Najis bayi
Ini normal kerana ada sesetengah makanan turun dengan cepat dan tidak sempat dicerna sepenuhnya. Tapi jika terlalu kerap anda digalakkan jumpa dengan doktor untuk pastikan usus bayi anda berfungsi dengan sempurna dan menyerap nutrisi dgn baik.



Najis bayi cirit birit 7. Cirit-birit

Najis bayi yang cirit-birit biasanya sangat cair dan akan bocor keluar dari lampin. Jika bayi anda di bawah umur 3 bulan cirit-birit lebih dari 2 hari, sila jumpa doktor. Jika najisnya mengandungi darah atau mukus disarankan jumpa doktor.


8. Najis keras/bintil

Najis bayi sembelit
Jika najis bayi anda keras, mungkin dia ada masalah penghadaman/sembelit. Ini biasa terjadi di peringkat awal bayi diberi solid food/makanan pejal atau tanda bayi tidak boleh toleransi dengan sesuatu makanan yang diberi atau yang ibu makan. Berikan bayi anda air, jus epal atau jus pear untuk membantu.



9. Najis bermukus

Najis bayi bermukusJika najis bayi anda kelihatan ada lendir itu tandanya bayi anda ada mucus/kahak. Biasa terjadi jika bayi juga selesema. Ini merupakan petanda jangkitan kuman/bakteria atau allergi. Jika berterusan lebih dari 2 hari atau ada bayi menunjukkan simptom-simptom lain, anda digalakkan berjumpa doktor.



Bayi yang tidak sihat biasanya akan meragam dan menangis. Kadangkala kita sebagai ibu bapa boleh menyalah anggap anak cuma meragam atau lapar atau nak bermain sedangkan ada mungkin ada masalah kesihatan yang lain. Jadi satu cara terbaik untuk pantau kesihatan bayi anda adalah dengan awasi warna dan keadaan najis bayi untuk mengenalpasti dengan lebih cepat andai bayi memerlukan rawatan doktor.

Mencari pengedar sah shaklee area TAPAH???
Hubungi sue 0134600507
Fb: SUE AZIZ

Tuesday, October 28, 2014

USAHA,DOA DAN TAWAKAL...

Mood malam ni nak berblogging smpi mengantuk...masih dalam mood bercerita tentang "bunga yg suci/jernih" dlm rahim ku ini...

Jgn pernah putus asa berdoa... insyaa Allah Allah swt maha mendengar rintihan hambanya...

Sue dan suami tak pernah putus asa mencuba walaupun kami tahu selagi "bunga yg suci/jernih"  ini dalam kandungan,selagi tu tiada ubat untuknya...tapi siapa yg boleh lawan kuasa Allah??? Yakin doa kami didengar...sekali pun tak normal seperti bayi lain,sekurang2nya kesakitan dan penderitaan dia dikurangkan...

Mak sue ajar cara bacaan YASSIN 7 MUBIN...sue ada terangkan dalam entry sebelum ni...kami berdua buat setiap hari tanpa jemu,walaupun pada mulanya rasa susah..tapi demi mu anak,ibu dan ayah sanggup....

Selain itu kami juga berubat dgn Darusyifa'....doa dari ustaz itu supaya kepala baby tak membengkak dengan cepat...

Semoga usaha2 kami dapat mengurangkan jika tidak dapat menyembuhkan...

Vit C Chewable

Vitamin untuk anak2 kembali!!!!
Murah dan sedappppp!!!...

Keistimewaan Chewable Vita-C Plus

●Membekalkan 100MG Vitamin C yang ditambah dengan rose hips dan bioflavonoids complex.
● Rose hips dan bioflavonoids ni membantu meningkatkan lagi fungsi vitamin c apabila masuk kedalam tubuh badan kita.
●Boleh dikunyah dan SEDAP.
●Mempunyai rasa limau
●Dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren sangat ideal untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
●Dengan mengunyah Vitamin C Chewable, air liur akan membantu dalam pemecahan Vitamin C, membuatkannya sedia untuk diserap apabila ia disalur ke usus kecil kita. ●Pengambilan beberakali sehari akan membantu memastikan penyerapan lebih efektif berbanding jika kita makan beberapa biji sekali gus.
●Ingat Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui air kencing.●Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Tips Susu Ibu Banyak

Assalamualaikum ibu2 semua...berniat nak susukan anak dgn susu ibu selama 2tahun??? Sue mmg respect pada ibu2 yg bekerja tapi mampu memberi susu ibu sepenuhnya...klu surirumahtangga mcm su mungkin mudah...tapi utk ibu bekerja perlukan pengorbanan duit,masa dan tenaga yg banyak...di sini sue longsikan bagaimana nak menambah stok2 susu ibu...

★Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakkan semula susu – Kekurangan susu berpunca dari pelbagai factor seperti perubahan hormon, period, kurang mengepam dan lain – lain.

Bagaimana utk buat Power Pumping?

Untuk Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan ulangi cara yang sama selama 1 jam.


Waktu yang sesuai utk lakukan Power Pumping?

Waktu yang disarankan ialah waktu malam hingga ke subuh kerana pengeluaran hormon lebih tinggi waktu ni. Dan seelok-eloknya buat sehari sekali. Bagi mommies yang tiada masa, boleh lakukan bila -bila masa. Lebih - lebih lagi bagi mommies yang bekerja seperti saya. Saya lakukan time rehat dan bila - bila masa saya free. Boleh juga buat pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat 2 hari berturut2 semasa cuti dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu. Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha,  doa dan tawakal, in sya Allah dipermudahkanNya.



Tips umum mengepam

♥ Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)♥ Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
♥ Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
♥Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
♥ Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
♥Pum setiap 2-4jam sekali
♥Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
♥Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

HAPPY PUMPING!!! ^^

Apa Itu Hydroceplus

Assalam...dlm entry ni sue ada google sikit sebanyak berkenaan penyakit anak sue yg ke3...masih dalam kandungan...tapi sue tak sertakan pic2 berkaitan...tak sanggup untuk lihat penderitaan anak2 istimewa yg lain...klu anda semua nak tahu lebih jelas boleh google nama penyakit ini...
Hydrocephalus
★Hydrocephalus adalah penyakit menumpuknya suatu cairan di dalam otak. Cairan serebrospinal umumnya mengalir didalam ventrikel (rongga otak) dan ‘membasahi’ otak dan tulang belakang. Cairan yang berlebihan tersebut dapat menekan otak bayi, menyebabkan kerusakan, gangguan fisik dan mental. Cairan serebrospinal di produksi oleh jaringan pada lapisan ventrikel otak. Cairan tersebut mengalir didalam ventrikel dan ruang diantara otak tulang belakang
Symptoms
Gejala hidrosefalus pada bayi diantaranya :
★Ukuran kepala yang besarnya tidak normal, kepala membesar dengan cepat, di atas kepala terdapat bagian yang lembut, muntah, mengantuk, mudah marah, tidak mau makan, kejang, mata menghadap ke bawah dan otot-otot lemah.
Sedangkan gejala hidrosefalus pada batita dan anak-anak adalah :
★Ukuran kepala membesar tidak normal, pusing, mual, muntah, demam, terlambat berjalan dan  bicara, pandangan kabur atau berbayang, tidak seimbang, koordinasi tubuh tidak baik, mudah marah, tidak dapat memperhatikan, tidak ada selera makan, kejang, mengantuk dan sulit bangun.
★Causes
Hidrosefalus terjadi akibat dari :
★Ketidakseimbangan produksi cairan serebrospinal (terlalu cepat dan banyak).
Terganggunya aliran dari satu ventrikel ke ventrikel lainnya.
Gangguan penyerapan cairan pada pembuluh darah, umumnya akibat peradangan jaringan otak.

Risk Factor
Masalah medis yang memicu terjadinya hydrocephalus adalah :
Congenital hydrocephalus.
★Akibat gangguan perkembangan sistem saraf pusat yang bisa mengganggu aliran cairan.
Pendarahan didalam ventrikel.
Infeksi pada rahim saat mengandung, misalnya rubella atau sifilis, yang dapat menyebabkan peradangan pada jaringan otak janin.
Pemicu lainnya, yaitu :
★Tumor pada otak atau tulang belakang.
Infeksi pada sistem saraf pusat, misalnya bakterial meningitis atau gondok.
Pendarahan otak akibat stroke atau cedera.
Diagnosis
Untuk memastikan, akan dilakukan :
Tes neurologi sesuai dengan usia penderita. Tes tersebut akan memeriksa mengenai refeleks, kekuatan otot, pergerakan mata dan keseimbangan.
Ultrasound,  MRI, CT.

★Treatment
Untuk perawatan, dapat dilakukan pembedahan (Shunt atau Ventriculostomy), sayangnya kedua jenis pembedahan tersebut dapat membawa efek samping.
★Prevention
Sebagai pencegahan, lakukan pemeriksaan rutin selama mengandung, melakukan vaksinasi untuk mencegah infeksi dan cegah terjadinya cedera pada kepala.

Dibawah ni ada sekeping pic scan kepala baby yg mengalami masalah hydrocephalus...

Herbal Blend Shaklee

Bila dapat sms drpd SHAKLEE mcm ni...
RM0.00 Shaklee : We are pleased to inform Herbal Blend Multi Purpose Cream (39078) Iis now available at all branches & online, while stocks last. Thank you.
Berdesup pegi branch...su lebih suka ke branch sbb terus dpt on the spot...klu online ni jenis tak sabar menunggu mmg tak keruan lah kan..tambah2 krim ni sgt hot dan di buru...
Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
Apabila krim ini di sapu ke kulit, kita akan terasa dingin, bermentol dan paling bagus ianya tidak berminyak.
Krim ini diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi seperti daun sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
Antara kegunaan krim ini :
Melembutkan kulit kering, kulit kasar dan tumit pecah
Menyelesaikan masalah kulit gatal
Menghilangkan parut termasuk chiken pox / demam campak
Merawat ruam lampin atau ruam pada bayi
Merawat luka pada puting ibu menyusu
Merawat luka dan melecur
Merawat kesan gigitan nyamuk
Sebagai losyen untuk kegunaan harian
Berminat dgn krim ajaib ni boleh contact
Fb : SUE AZIZ
whatsapp : 0134600507
cod : TAPAH - KAMPAR - SUNGKAI

Hukum Tayang Susu Ibu

As salam.... alhamdulillah dua2 anak sue dapat susu kan dgn susu ibu...kak DIAN UMAIRA 2tahun 6 bulan..AMMAR ZAFRI 2tahun...tapi sue sendiri tak pernah tayang susu ibu di mana2 laman2 sosial sbb?????
Bukan sebab haram/ aurat.... tapi sbb sue mmg tak simpan stok susu... su df je kedua2 anak2... ramai juga yg tayang..pada sue tak jadi masalah..sebab sue ada google2 hukum2 dalam islam... alhamdulillah dapat jawapan yg meyakinkan... disini sue share soal jawab ustaz azhar idrus...
Soalan:
Salam ustaz, saya ni seorang ibu yang masih menyusukan anak. Nak tanya sikit mengenai penyebaran atau post gambar stok susu badan di FB ni, apa hukumnya? Adakan susu badan itu juga aurat bagi wanita? Sebabnya perkara ini telah dibangkitkan dalam isu seorang hamba Allah yang saya tidak kenali yang saya rasa berpelajaran tinggi telah menegur dan menyalahkan seorang wanita berbuat demikian (menayangkan stok susu badan yang berbotol-botol) membuka aib sendiri sampaikan ada followers hamba ini menghentam dengan ayat² kesat. Bagi kami yang menyusukan anak menganggap gambar² tersebut sebagai pendorong dan motivasi untuk diri sendiri. Macam mana pula kalau ada sesetengah ibu yang menyusukan anak di tempat terbuka, tapi masih menjaga aurat?
Jawapan dari Ustaz Azhar Idrus:
W'salam...susu sama dengan darah yang tidak di kategorikan sebagai aurat. menyusu anak dikhalayak ramai harus dengan syarat menjaga aurat.
Berminat dgn set penyusuan 3M???
Boleh hubungi sue di pm
Fb : SUE AZIZ
Whatsapp : 0134600507
Cod : TAPAH-KAMPAR-SUNGKAI

Omega Guard Shaklee


OMEGA GUARD SHAKLEE
Omega guard shaklee mmg meletop2...nak tahu knp????
Kerana ia minyak ikan terbaik didunia..kandunga minyak ikannye juga paling tinggi dlm setiap kapsul..
Lg satu omega guard ni boleh dikongsi seisi keluarga..start umur 1y6m dah boleh bg anak2 kunyah dah...
Jom kita baca sket kebaikan omega guard shaklee ni....
24 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3.  Mencegah salur darah dari tersumbat
4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok
5.  Mengekalkan tekanan normal darah
6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7.  Mengurangkan sakit kepala
8.  Merendahkan kolestrol
9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE       (lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
Berminat?
Pm/whatsapp 0134600507/0134579578
Fb SUE AZIZ
COD /PICK UP TAPAH - KAMPAR - SUNGKAI - TELUK INTAN

Promosi oct 2014 ESP SHAKLEE

Tinggal beberapa hari saja lagi promosi ESP BUY 6 FREE 1 akan berakhir...
Esp shaklee mmg sgt popular kerana 1001 khasiatnya...ramai yg kenal shaklee kerana ESP....knp ESP SHAKLEE ni sgt laris??????

Ini adalah khasiat ESP Shaklee yang biasa anda dengar

Membantu menghilangkan jeragat dan parut di muka (parut jerawat juga)
Membantu melancarkan penyusuan susu ibu
Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan lebih pekat dan banyak
Membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda cepat kenyang dan kurang meragam
Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur
Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan (ada customer saya yang pernah hilang 7 kg dalam masa kurang sebulan hanya dengan ESP)
Memberi tenaga berpanjangan kepada badan dan meningkatkan kesihatan tubuh secara menyeluruh
Membantu tumbesaran fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum
Membantu mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar lepas bersalin
Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

Berminat dgn ESP SHAKLEE...
Hubungi pengedar TAPAH - TELUK INTAN - SUNGKAI - KAMPAR....
FB : SUE AZIZ
PM/WHATSAPP : 0134600507

Sunday, October 26, 2014

yassin 7 mubin

Al-Quran merupakan petunjuk dan ubat bagi mereka yang benar-benar yakin dan beriman dengannya. Tidak semua ilmu al-Quran ini dikuasai oleh seseorang. Tetapi mendalami ilmu-ilmu al-Quran akan dapat meningkatkan lagi kekuatan iman seseorang. Al-Quran adalah mukjizat. Ia juga mengandungi pelbagai hikmah yang hanya diketahui secara keseluruhannya oleh Yang Maha Pencipta. Sesiapa yang Allah kurniakan sebahagian hikmah ini kepadanya maka dia telah dibekalkan dengan bekalan yang terbaik.
“Bacaan al-Quran adalah suatu ibadah. Setiap huruf akan diganjarkan dengan 10 kebajikan. Bukannya Alif Lam Mim (الم) itu satu huruf kata Nabi SAW, tetapi Alif itu satu huruf, Lam itu satu huruf dan Mim itu satu huruf. Surah Yaasin pula diganjarkan sebagaimana yang diniatkan oleh pembacanya.”(al-Hadith).
.
Bacaan Surah Yasin tidak tertakluk pada malam Jumaat sahaja. Bila-bila masa pun boleh dibaca sekiranya inginkan pada pahala dan berkahnya, apatah lagi jika ada sesuatu permasalahan, kesusahan dan musibah yang perlu di atasi segera.
.
.

Yasin 7 Mubin

Kali ini kita fokaskan pada bacaan ‘Yasin 7 Mubin’. Dalam Surah Yaasin terdapat tujuh tempat perkataan “mubin” iatu pada ayat;
1)   Ayat 12 = Mubin Pertama
36:12
Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang yang mati, dan Kami tuliskan segala yang mereka telah kerjakan serta segala kesan perkataan dan perbuatan yang mereka tinggalkan. Dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata.
.
2)   Ayat 17 = Mubin Kedua
36:17
“Dan tugas Kami hanyalah menyampaikan perintah-perintahNya dengan cara yang jelas nyata”.
.
3)   Ayat 24 = Mubin Ketiga
36:24
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
.
4)   Ayat 47 = Mubin Keempat
36:47
Dan apabila dikatakan kepada mereka:” Dermakanlah sebahagian dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu”, berkatalah orang-orang yang kafir itu kepada orang-orang yang beriman (secara mengejek-ejek): ” Patutkah kami memberi makan kepada orang yang jika Allah kehendaki tentulah Ia akan memberinya makan? Kamu ini hanyalah berada dalam kesesatan yang nyata”.
.
5)   Ayat 60 = Mubin Kelima
36:60
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!
.
6)   Ayat 69 = Mubin Keenam
36:69
(Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
.
7)   Ayat 77 = Mubin Ketujuh
36:77
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),
.
.

Cara membaca Surah Yassin

Yasin ada beberapa kaedah dan cara pembacaannya, bergantung kepada tujuan khususnya. Ada Yasin Tunggal(biasa), Yasin Wirid (untuk rezeki) dan ada yang membacaYasin 7 Mubin untuk sesuatu hajat.
.
Yasin 7 Mubin ini dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
.
.

Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Kaedah yang dinyatakan ini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Yasin 7 Mubin perlu dibaca dengan kadar yang segera iaitu dalam tempoh 24 jam dari kehilangannya.
.
A. Langkahnya adalah seperti berikut:-
  1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
  2. Boleh juga dibaca Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali secara bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala, ketika dalam sujud yang terakhir.“Tidak ada Tuhan selain Dikau. Maha Suci Dikau Ya Allah, sesungguhnya daku adalah termasuk orang-orang yang aniaya.”
  3. Selesai Solat Hajat,mulakan bacaan Surah Yasin mengikut kaedah seperti berikut;
  4. Membaca Surah Yasin, apabila sampai pada setiap perkataan ‘Mubin’ (مبين), hendaklah wakaf (berhenti) dan berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulangi semula bacaan Yasin daripada permulaan surah.
.
.
B.  Cara-cara untuk membacanya ialah :
  1. Bacaan Yasin dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan Selawat 11 kali.
  2. Baca Yasin sehingga di Mubin (مبين) pertama (ayat ke 12) dan berdoa.
  3. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kedua (ayat ke 17) dan berdoa.
  4. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang ketiga (ayat ke 24) dan berdoa.
  5. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keempat (ayat ke 47) dan berdoa.
  6. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang kelima (ayat ke 60) dan berdoa.
  7. Baca semula dari awal sehingga Mubin yang keenam (ayat ke 69)dan berdoa.
  8. Ulang semula dari awal sehingga Mubin yang ketujuh (ayat ke 77), berdoa .
  9. Lengkapkan bacaan Yasin sehingga habis ke penghujung surah dan disudahi dengan bacaan penutup (صدق الله العظيم).
.
Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui kehilangan barang tersebut.
.
.

Fadhilat Lain Yasin 7 Mubin

Dari kajian, kaedah di atas juga boleh digunakan untuk:
1. Pendinding dari gangguan jin dan syaitan.
2. Memanggil anak-anak yang lari dari rumah.
3. Melindungi diri dari difitnah atau dizalimi manusia.
4. Dibaca bagi pesakit yang sedang tenat (baca pada air untuk diminum).
.
Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.
Selamat mencuba… Semoga ini dapat memberikan manfaat untuk kita semua .. Insya-Allah …
.
Copy paste&credit to shafiqolbu...
Designed by UMIESUEstudio 2014 for SUE AZIZ